Monday, 30 December 2013

INI CARAku...


Assalamualaikum wbt.

Hai..!  Hari ni saya nak kongsi satu lagi resepi kuih melayu lama.  Nama kuih ni ialah Kuih Cara.  Bukan cara berlauk tapi cara manis.  Saya suka masak kuih yang mudah dibuat.  Walaupun ianya mudah tapi saya jarang nak buat.  Penyakit 'M' la tuu...




tengok ni....'ter' garing la pulak....




 acuan lama peninggalan arwah mak.  


Seperti biasa resepinya saya ambil dari FB grup Kongsi Resepi, grup yang pertama yang saya join bila saya mula ber'FB' tahun 2009.


KUIH CARA MANIS
sumber:  Kongsi Resepi

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan santan (sederhana pekat)
1 biji telur
4 helai daun pandan (kisar, ambil airnya)
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna hijau (jika perlu)
gula kasar

Cara-cara membuatnya:
  1.  Blend semua bahan (kecuali gula kasar).  Tapis.
  2.  Panaskan acuan diatas dapur.
  3.  Oles acuan dengan sedikit minyak.
  4.  Tuang adunan kedalam acuan kemudian isikan 1 sudu teh gula kasar ditengah-tengah.
  5.  Tutup acuan dengan penutup periuk.  Api biar kecil.
  6.  Cungkil keluar kuih yang sudah masak dengan garpu.

Dah siap!  Senang, kann?





SELAMAT MENCUBA!



Friday, 27 December 2013

KUIH PAU


Assalamualaikum wbt.

Suka makan kuih pau tak?  Kuih pau inti apa yang paling sedap?  Itu terpulanglah pada citarasa masing-masing, kann?  Ada orang suka kuih pau berinti kari ayam.  Ada yang suka inti kelapa, sambal ikan bilis, kacang merah ataupun inti serikaya.  Saya suka kesemuanya.  Tapi hari ini saya sempat buat inti kelapa.  Mudah dan ringkas.  Saya uli sendiri dohnya.  Lengoh jugaklah tangan ni nak menguli.







KUIH PAU

250g tepung gandum
130ml air daun pandan/air suam biasa  (saya guna air daun pandan)
1 sudu besar yis mauripan
25g shortening  (lebih kurang 1/2 sudu besar)
50g gula
5g bread improver (tak ada pun tak apa)
inti kelapa (lain-lain inti pun tak apa..)

Cara-caranya:-

1.     Tepung dan bread improver diayak bersama kemudian masukan yis dan gula.
2.    Tuang air suam/air daun pandan sedikit demi sedikit kemudian diuli.
3.    Masukkan shortening, uli lagi sampai sebati dan adunan tak melekat ditangan.
4.    Bahagi doh kepada bebola kecil dan biarkan ia rehat (tutup) sehingga adunan naik.
5.    Setelah naik, ambil sebiji bebola dan leperkan lalu isikan inti ditengah-tengah.
6.    Tutup semula dan bulatkan semula doh tadi (buat sehingga habis).
7.    Biarkan dahulu sehingga doh tadi naik sekali lagi.
8.    Sediakan pengukus.
9.    Kukus pau tadi selama 10 min. dengan api yang kuat.  Dah siap!

     





SELAMAT MENCUBA..!



Wednesday, 25 December 2013

HAPPY BIRTHDAY


Assalamualaikum wbt.


Siapa punya birthday hari ni? Yang ke berapa tahun lah agaknya yer... Siapa lagi kalau bukan "my other half".... insan yang kadang-kadang membuat aku menangis, buat aku geram, marah, gelak ketawa dan tersenyum.  Insan tempat aku menumpang kasih dan sayang dan berkongsi suka duka.

Semoga Allah swt merahmati suamiku dengan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.










Saturday, 21 December 2013

UJIAN DALAM KEHIDUPAN


Assalamualaikum wbt.

Hidup kita didunia ni memang banyak sekali dugaannya.  Apa saja dugaan yang menimpa keatas diri kita bukan maknanya Allah marahkan kita.  Allah hendak menguji samada kita boleh bersabar ke tidak, iman kita ni kuat ke tidak...

Apa pun yang terjadi keatas diri kita, baik atau buruk adalah kehendak Allah jua.  Jika baik yang kita terima, bersyukurlah... dan jika sebaliknya, teruslah berdoa dan bersabarlah...










Friday, 13 December 2013

MOH MANDI LAUT....

Assalamualaikum wbt..

Mana nak pergi cuti-cuti sekolah ni?  Buntu pulak dok pikir... Suami cakap pergi dekat-dekat dah lah... tak nak jauh-jauh.  Faktor kesihatan lagi pulak musim hujan dan banjir disana sini.  

So, pada hujung minggu yang lepas, kami sekeluarga bersama keluarga kakak ipar saya bersantai-santai di Umang-umang Chalet yang terletak di Kuala Sg Baru, Linggi, Melaka.  Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.  Cuaca pun cantik, suasana disini pun selesa amat.  Apa yang paling best saya dapat mandi-mandi dilaut.  Sejujurnya, saya tak pandai berenang dan paling takut mandi laut.  Tapi pada hari itu...saya ENJOYYY...!!!


dipintu masuk Umang-Umang Chalet..

bilik penginapan




menghadap laut china selatan

ombak 'rindu' memukul pantai...












Tuesday, 3 December 2013

LAKSAM BUKAN LAKSA

Assalamualaikum wbt.

Waahh.. lama betul saya tak update blog ni.  Bizi kot...hehehe... mana ada bizi. Tak ada bahan dan perencah untuk 'menggoreng'.  Apapun hari ini  saya nak kongsi satu masakan dari negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Laksam.


menikmati laksam dari restoren Belanga


First time saya makan laksam ni pada tahun 2005 dijamuan tadika anak.  Cikgu dia yang buat.  Orang Klate.  Dari situ saya dah mula suka dengan laksam.  Dulu saya ingatkan laksam ni ialah laksa asam.  Rupa-rupanya tidak.

Kemudian, saya try makan laksam di restoren Laksa Shack dan juga di restoren Belanga.  Dek kerana suka sangat, saya teringin nak cuba buat sendiri  berpandukan resepi dan step-by- step dari blog Azlita Aziz @ Masam Manis.   Alhamdulillah, menjadi la pulak.





Ini dia resepi yang saya c&p dari blog Masam Manis.  Terima kasih Azlita dan Yani (tuan punya resepi)

LAKSAM
By: Yani

Laksa 
3cwn tpg beras 
1/2 cwn tpg gandum 
4cwn air suam


Gaulkan semua bahan-bahan.
Panaskan kukusan. 
Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak utk mengelak dari melekat.
Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk.
Kukus sampai masak. 
Bila dah masak, keluarkan.
Biarkan sekejap sebelum digulung - supaya laksam kelihatan licin dan cantik.
Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak.
Ulang sampai habis 
Kuah Laksam
Ikan -
boleh guna kembung, tamban atau tenggiri (direbus, dibuang tulang) ita guna 3 hiris ikan tenggiri
1 inc halia
3 ulas bwg putih
5 ulas bwg merah
1 sudu teh  lada hitam
1 biji Santan 
3-5 keping Asam keping 
Sdkt garam 
Sedikit gula merah atau gula pasir

kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat. 

Bahan Ulam
timun
kacang panjang
taugeh
daun kesum

Kesemua bahan di atas di hiris halus.

Bahan Cili
cili merah 
belacan 
garam 
limau nipis atau limau kasturi

cili merah tumbuk dgn belacan, tambah garam sikit dan perahkan limau