Salam pagi Isnin...pagi ni cuaca terang dengan sinaran mentari yang cantik sekali. Subhanallah...ciptaan Allah yang mendatangkan hujan dan panas... Syukur alhamdulillah.
La ni cuti sekolah seminggu. Kami tak pergi kemana-mana pun cuti ni... Anak kedua baru balik dari kem kepimpinan pengawas semalam. Bertolak petang Jumaat lepas dan bermalam di Kem Asli Adventure di Sg Lepuh, Hulu Langat. So.. banyaklah baju-baju kotor yang nak kena cuci.
Untuk entri kali ini sy akan kongsikan resepi kuih lapis je...
KUIH LAPIS
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
5 cawan santan (sederhana pekat)
pewarna merah
1/4 s/t garam
Cara membuatnya:
- Panaskan pengukus dahulu.
- Satukan tepung gandum, tepung beras, gula dan santan. Gaul sebati kemudian tapis.
- Pastikan adunan tidak terlalu cair.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian warnakan merah (letak esen ros)
- Satu lagi bahagian biarkan tanpa warna (tambah sedikit garam).
- Kukus lebih kurang 1 senduk adunan putih sebagai lapisan pertama dan kukus selama lebih kurang 7-10 minit.
- Kemudian ambil 1 senduk adunan merah pula dan tuangkan untuk lapisan kedua. Kukus lagi.
- Ulang proses diatas berselang-seli warna sehingga habis.
Begitulah lebih kurang caranya... Sekali lagi diingatkan apa-apa resepi yang sy kongsikan disini adalah diambil dari blogger2 masakan serta rakan-rakan diFB. Terima kasih kepada mereka semua.
^__^

















.jpg)


.jpg)

.jpg)





.jpg)
