Thursday, 16 April 2015

ROTI SARANG LEBAH

Assalamualaikum wbt

Sana-sini orang dok tayang roti ni sampai kita pun teruja nak mencuba jugak.  Tengok bahan-bahan resepinya pun taklah susah nak cari.  Lama jugaklah hati ni berkira-kira...bila nak cuba buat...bila nak cuba buat... So, akhirnya inilah kejadiannya...

Resepi roti ni sy ambil dari blog Secubit garam oleh Pn Nor.  Terima kasih ye puan...





ROTI SARANG LEBAH

2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh yis kering
1/4 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula halus
1/4 cawan plain yogurt (suhu bilik)
1/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan air suam
1 biji kuning telur (untuk sapuan atas roti)
biji kuaci, bijan putih atau hitam, almond flakes (utk taburan)

Cara-cara membuat:

1.   Larutkan yis dan gula dalam air suam.  Biarkan hingga berbuih.
2.   Dalam mangkuk adunan, campurkan tepung gandum, baking powder dan garam dan 
       kacau sebati.  
3.   Kemudian masukkan campuran yis dan yogurt dan uli adunan sambil masukkan minyak 
      sedikit sedikit dan terus uli hingga doh menjadi kenyal.
4.   Tutup doh dan biarkan sebentar hingga doh mengembang 2x ganda.
5.   Setelah doh mengembang, tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.  
6.   Sapukan tangan dengan sedikit minyak, ambil doh dan buat bebola anggaran 12 biji.
7.   Susun bebola rapat-rapat dalam bekas loyang yang disapu minyak. (Doh memang
      lembik..just sapukan tangan dengan minyak).
8.   Sapu permukaan doh dengan kuning telur, kemudian taburkan almond flakes, biji kuaci
      dan bijan diatasnya.
9.   Biarkan seketika hingga doh naik lagi 2x ganda.
10. Panaskan oven 180c.
11. Bakar roti selama 15 minit (10 minit api bawah, 5 minit api atas).
12. Setelah masak, keluarkan roti dari loyang dan tuangkan sos butterscotch diatasnya.


SOS BUTTERSCOTCH 

1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream (boleh guna susu cair)
1/2 sudu teh esen vanilla
25gm butter
secubit garam

Cara membuatnya:


1.   Cairkan butter dalam periuk kemudian masukkan gula perang dan kacau selalu hingga gula cair 
      dan berbuih.
2.   Tuang whipping cream perlahan-lahan dan kacau.
3.   Masukkan esen vanilla dan garam, kacau sebentar dan tutup api.


Ayuh kedapur...!!!



Wednesday, 7 January 2015

SELAMAT DATANG 2015...

Assalamualaikum wbt.

Hari ni hari Rabu 7 Januari 2015... Terlambat la pulak nak update blog ni nak ucap selamat tahun baru.  Tapi kata orang biar lambat dari tak.., kannn...?

Tahun lepas macam-macam dugaan dan ujian yang aku hadapi.  Kesian anak-anakku terpaksa sabar dan redho dengan ujian ini.  Tentu ada hikmah disebaliknya.  Dan Alhamdulillah...ditahun baru ni insya allah akan ada hikmah tu dariNya...

Semoga imanku semakin bertambah, sentiasa beramal dan istiqomah, umur dan rezeki mendapat berkah, doa selalu mustajabah dan sejahtera sihat wal afiah.
Amiinn..





SELAGI FAJAR MENYINAR

Monday, 15 September 2014

KUIH LAPIS

Assalamualaikum wbt.

Salam pagi Isnin...pagi ni cuaca terang dengan sinaran mentari yang cantik sekali.  Subhanallah...ciptaan Allah yang mendatangkan hujan dan panas... Syukur alhamdulillah.

La ni cuti sekolah seminggu.  Kami tak pergi kemana-mana pun cuti ni... Anak kedua baru balik dari kem kepimpinan pengawas semalam.  Bertolak petang Jumaat lepas dan bermalam di Kem Asli Adventure di Sg Lepuh, Hulu Langat.  So.. banyaklah baju-baju kotor yang nak kena cuci.

Untuk entri kali ini sy akan kongsikan resepi kuih lapis je...


KUIH LAPIS

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
5 cawan santan (sederhana pekat)
pewarna merah
1/4 s/t garam


Cara  membuatnya:
  • Panaskan pengukus dahulu.
  • Satukan tepung gandum, tepung beras, gula dan santan.  Gaul sebati kemudian tapis.
  • Pastikan adunan tidak terlalu cair.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.  Satu bahagian warnakan merah (letak esen ros)
  • Satu lagi bahagian biarkan tanpa warna (tambah sedikit garam).
  • Kukus lebih kurang 1 senduk adunan putih sebagai lapisan pertama dan kukus selama lebih kurang 7-10 minit.
  • Kemudian ambil 1 senduk adunan merah pula dan tuangkan untuk lapisan kedua. Kukus lagi.
  • Ulang proses diatas berselang-seli warna sehingga habis.




Begitulah lebih kurang caranya... Sekali lagi diingatkan apa-apa resepi yang sy kongsikan disini adalah diambil dari blogger2 masakan serta rakan-rakan diFB.  Terima kasih kepada mereka semua.

^__^


Wednesday, 10 September 2014

LEPAT LABU


Assalamualaikum wbt.

Jom kita buat lepat labu pulak...


LEPAT LABU

Bahan-bahan:

3 cawan labu kuning yang dilecek  (rebus dulu, tos airnya baru sukat)
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 cawan kelapa parut  (gaul dgn sedikit garam)
daun pisang


Cara membuatnya:

1.  Gaulkan sekali labu yang telah dilecek bersama gula, tepung dan garam.
2.  Ambil 2 sudu besar adunan, letak diatas daun pisang.
3.  Letak inti kelapa ditengah-tengah adunan, tutup dan lipat daun pisang.
4.  Kukus selama 20 minit.





Tuesday, 9 September 2014

KEK PISANG

Assalamualaikum wbt.


KEK PISANG

Bahan-bahan:
4 biji pisang berangan/pisang emas
4 biji telur
180g gula castor
200g butter
240g tepung kek (jika guna tepung gandum, sila tambah 1 s/k baking powder)
1 s/k soda bicarbonate
1 s/k esen pisang
1 biji limau kasturi (perah sedikit, campur bersama pisang supaya pisang tidak lebam)
coklat chips (jika suka)


Cara membuatnya:

1.  Pukul butter bersama gula sehingga kembang.
2.  Masukkan telur sedikit demi sedikit.
3.  Ayak tepung 2, 3 kali dan masukkan separuh kedalam adunan.  Gaul rata.
4.  Lenyek pisang (jangan terlalu lama) dan campur sedikit perahan limau kasturi.
5.  Masukkan baking soda.  (Ia akan berbuih, lalu terus masukkan kedalam adunan kek tadi bersama baki        separuh lagi tepung tadi.
5.  Masukkan esen pisang.  Gaul.
6.  Isikan kedalam acuan dan bakar dengan suhu 180 selama 40 - 50 minit.




Sesuai dihidangkan waktu minum petang...








Monday, 8 September 2014

ROTI CANAI

Assalamualaikum wbt.

Hari ini sy nak share resepi roti canai... salah satu menu brekfas kesukaan ramai.  Kadang2 kita kecewa sebab tak dapat makan roti canai samada restoran tu penuh takde tempat kosong....roti canai tak sedaplah...restoran atau pekerja dia kotor la...dan macam2 lagi sebab musabab.  So...untuk tak kecewa...makan nak sedap...nak banyak... apakata kita buat sendiri dirumah. Yang sy buat ni uli guna kederat sendiri...tak de pakai mesin pengadun bagai...







ROTI CANAI

1 kg/500g  tepung gandum
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 sudu besar susu pekat
1 biji telur
1 1/2 cawan atau 300ml air
1 sudu besar marjerin

  1. Campurkan susu, garam, gula dan telur dengan air kedalam satu bekas.  Kacau hingga larut.
  2. Masukkan tepung, uli hingga lembut.
  3. Bentukkan bulat-bulat sebesar genggaman. Sapukan marjerin dan perap semalaman.
  4. Keesokan pagi, tebarkan doh dan masak atas kuali leper.


KUAH DHAL

1 genggam kacang dhal (dicuci dan rendam semalaman)   
kentang  (potong)
carrot  (potong)
1/2 cawan santan
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cilli hijau
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar serbuk cili
sedikit air rebusan tulang ayam
bahan2 penumis>> bunga lawang, kayu manis dan bunga cengkih

  1. Kacang dhall yang direndam semalaman tu direbus dan lepas tu kisar dengan airnya sekali bersama dengan bawang besar dan bawang putih.
  2. Panaskan periuk dengan minyak. Tumis bahan penumis dan bahan kisar.
  3. Masukkan kentang, carrot dan masak sampai empuk.
  4. Tuang santan dan sedikit air rebusan tulang ayam.
  5. Bubuh garam.
  6. Tutup api.... dah siap.


Bahan-bahan untuk kuah ni sy cuma ala-ala lebih kurang aje nak tambah itu ini.  Ikut citarasa memasing lah.





Friday, 28 February 2014

22 TAHUN BERLALU...AL-FATIHAH

Assalamualaikum wbt.

Setiap tahun tatkala dimedia massa mengenang kembali pemergian penyanyi Sudirman Hj Arshad pada 22 Februari, ketika itu juga aku akan terkenangkan arwah abah dan mak.  Bukan sebab mereka peminat Alllahyarham Sudir tetapi sebab abah juga telah pergi bertemu Illahi selang 6 hari saja selepas pemergian Allahyarham Sudir.  Mak pulak mengikut arwah abah tak sampai pun 4 bulan kemudiannya.

 Ohh...pemergian abah dan mak satu kehilangan besar bagi aku....hidupku terasa  kosong...dan kekosongan ini bagaikan  malam gelap yang berpanjangan.




Yaa Allah, aku yakin bahawa takdirMu lebih baik dari semua yang aku inginkan.  Berikanlah aku kekuatan untuk memahami ini semua sebagai anugerah dariMu.


Dan, SELAGI FAJAR MENYINAR... aku akan terus mendoakanmu wahai abah dan mak..




Amiin...