Monday, 15 September 2014

KUIH LAPIS

Assalamualaikum wbt.

Salam pagi Isnin...pagi ni cuaca terang dengan sinaran mentari yang cantik sekali.  Subhanallah...ciptaan Allah yang mendatangkan hujan dan panas... Syukur alhamdulillah.

La ni cuti sekolah seminggu.  Kami tak pergi kemana-mana pun cuti ni... Anak kedua baru balik dari kem kepimpinan pengawas semalam.  Bertolak petang Jumaat lepas dan bermalam di Kem Asli Adventure di Sg Lepuh, Hulu Langat.  So.. banyaklah baju-baju kotor yang nak kena cuci.

Untuk entri kali ini sy akan kongsikan resepi kuih lapis je...


KUIH LAPIS

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
5 cawan santan (sederhana pekat)
pewarna merah
1/4 s/t garam


Cara  membuatnya:
  • Panaskan pengukus dahulu.
  • Satukan tepung gandum, tepung beras, gula dan santan.  Gaul sebati kemudian tapis.
  • Pastikan adunan tidak terlalu cair.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.  Satu bahagian warnakan merah (letak esen ros)
  • Satu lagi bahagian biarkan tanpa warna (tambah sedikit garam).
  • Kukus lebih kurang 1 senduk adunan putih sebagai lapisan pertama dan kukus selama lebih kurang 7-10 minit.
  • Kemudian ambil 1 senduk adunan merah pula dan tuangkan untuk lapisan kedua. Kukus lagi.
  • Ulang proses diatas berselang-seli warna sehingga habis.




Begitulah lebih kurang caranya... Sekali lagi diingatkan apa-apa resepi yang sy kongsikan disini adalah diambil dari blogger2 masakan serta rakan-rakan diFB.  Terima kasih kepada mereka semua.

^__^


Wednesday, 10 September 2014

LEPAT LABU


Assalamualaikum wbt.

Jom kita buat lepat labu pulak...


LEPAT LABU

Bahan-bahan:

3 cawan labu kuning yang dilecek  (rebus dulu, tos airnya baru sukat)
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 cawan kelapa parut  (gaul dgn sedikit garam)
daun pisang


Cara membuatnya:

1.  Gaulkan sekali labu yang telah dilecek bersama gula, tepung dan garam.
2.  Ambil 2 sudu besar adunan, letak diatas daun pisang.
3.  Letak inti kelapa ditengah-tengah adunan, tutup dan lipat daun pisang.
4.  Kukus selama 20 minit.





Tuesday, 9 September 2014

KEK PISANG

Assalamualaikum wbt.


KEK PISANG

Bahan-bahan:
4 biji pisang berangan/pisang emas
4 biji telur
180g gula castor
200g butter
240g tepung kek (jika guna tepung gandum, sila tambah 1 s/k baking powder)
1 s/k soda bicarbonate
1 s/k esen pisang
1 biji limau kasturi (perah sedikit, campur bersama pisang supaya pisang tidak lebam)
coklat chips (jika suka)


Cara membuatnya:

1.  Pukul butter bersama gula sehingga kembang.
2.  Masukkan telur sedikit demi sedikit.
3.  Ayak tepung 2, 3 kali dan masukkan separuh kedalam adunan.  Gaul rata.
4.  Lenyek pisang (jangan terlalu lama) dan campur sedikit perahan limau kasturi.
5.  Masukkan baking soda.  (Ia akan berbuih, lalu terus masukkan kedalam adunan kek tadi bersama baki        separuh lagi tepung tadi.
5.  Masukkan esen pisang.  Gaul.
6.  Isikan kedalam acuan dan bakar dengan suhu 180 selama 40 - 50 minit.




Sesuai dihidangkan waktu minum petang...








Monday, 8 September 2014

ROTI CANAI

Assalamualaikum wbt.

Hari ini sy nak share resepi roti canai... salah satu menu brekfas kesukaan ramai.  Kadang2 kita kecewa sebab tak dapat makan roti canai samada restoran tu penuh takde tempat kosong....roti canai tak sedaplah...restoran atau pekerja dia kotor la...dan macam2 lagi sebab musabab.  So...untuk tak kecewa...makan nak sedap...nak banyak... apakata kita buat sendiri dirumah. Yang sy buat ni uli guna kederat sendiri...tak de pakai mesin pengadun bagai...







ROTI CANAI

1 kg/500g  tepung gandum
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 sudu besar susu pekat
1 biji telur
1 1/2 cawan atau 300ml air
1 sudu besar marjerin

  1. Campurkan susu, garam, gula dan telur dengan air kedalam satu bekas.  Kacau hingga larut.
  2. Masukkan tepung, uli hingga lembut.
  3. Bentukkan bulat-bulat sebesar genggaman. Sapukan marjerin dan perap semalaman.
  4. Keesokan pagi, tebarkan doh dan masak atas kuali leper.


KUAH DHAL

1 genggam kacang dhal (dicuci dan rendam semalaman)   
kentang  (potong)
carrot  (potong)
1/2 cawan santan
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cilli hijau
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar serbuk cili
sedikit air rebusan tulang ayam
bahan2 penumis>> bunga lawang, kayu manis dan bunga cengkih

  1. Kacang dhall yang direndam semalaman tu direbus dan lepas tu kisar dengan airnya sekali bersama dengan bawang besar dan bawang putih.
  2. Panaskan periuk dengan minyak. Tumis bahan penumis dan bahan kisar.
  3. Masukkan kentang, carrot dan masak sampai empuk.
  4. Tuang santan dan sedikit air rebusan tulang ayam.
  5. Bubuh garam.
  6. Tutup api.... dah siap.


Bahan-bahan untuk kuah ni sy cuma ala-ala lebih kurang aje nak tambah itu ini.  Ikut citarasa memasing lah.