Friday, 28 February 2014

22 TAHUN BERLALU...AL-FATIHAH

Assalamualaikum wbt.

Setiap tahun tatkala dimedia massa mengenang kembali pemergian penyanyi Sudirman Hj Arshad pada 22 Februari, ketika itu juga aku akan terkenangkan arwah abah dan mak.  Bukan sebab mereka peminat Alllahyarham Sudir tetapi sebab abah juga telah pergi bertemu Illahi selang 6 hari saja selepas pemergian Allahyarham Sudir.  Mak pulak mengikut arwah abah tak sampai pun 4 bulan kemudiannya.

 Ohh...pemergian abah dan mak satu kehilangan besar bagi aku....hidupku terasa  kosong...dan kekosongan ini bagaikan  malam gelap yang berpanjangan.




Yaa Allah, aku yakin bahawa takdirMu lebih baik dari semua yang aku inginkan.  Berikanlah aku kekuatan untuk memahami ini semua sebagai anugerah dariMu.


Dan, SELAGI FAJAR MENYINAR... aku akan terus mendoakanmu wahai abah dan mak..




Amiin...



Thursday, 20 February 2014

SPAGHETTI BOLOGNESE

Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah hari ini cuaca cantik sekali setelah hujan turun agak lebat semalam.  Kain baju yang di ampaian cepat betul kering dek kena terik mentari disertai angin yang meniup kuat.

Hari ini mood nak masak nasi untuk makan tengahari tak ada.  Tak tahu mana perginya...Yang ada cuma mood nak masak spaghetti.  Masak main agak-agak dan campak-campak aje, belasah apa yang ada.


Resepi
SPAGHETTI BOLOGNESE

Bahan-bahan:
1 paket spaghetti
400g ayam kisar (1 bungkus brand Ramly)
1 botol sos spaghetti
250g sos tomato
1 labu bawang holland (potong dadu)
2 ulas bawang putih (cincang)
2 biji tomato (potong dadu)
1/2 batang lobak merah (potong dadu)
5 biji cendawan butang (hiris)
bebola ayam/bebola daging (ikut suka banyak mana nak)
1 cawan air 
Oregano/Italian herbs (takde pun takpe)
sedikit garam
minyak zaitun

Cara-caranya:
  • Rebus spaghetti didalam periuk besar, tambah sedikit garam.  Setelah ia agak lembut, angkat, toskan airnya dan ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak zaitun, tumis bawang holland dan bawang putih hingga layu.
  • Masukkan ayam kisar/daging kisar, goreng sebentar.
  • Masukkan tomato, lobak merah dan cendawan butang dan goreng hingga lembut.
  • Masukkan sos tomato, sos spaghetti dan air.  Kacau rata.
  • Masukkan bebola ayam/bebola daging.  Kacau.
  • Taburkan sedikit oregano/italian herbs dan garam secukup rasa.
  • Biarkan mendidih sehingga kuah menjadi pekat. 
  • Letak spaghetti kedalam pinggan dan tuangkan sosnya ditengah-tengah.  Dah siap!


JOM MAKAN..!!

Wednesday, 19 February 2014

AGAR-AGAR LAPIS MILO OREO yang ado....

Assalamulaikum wbt.

Dah lama hujan tak turun kan...?  Ramai yang mengeluh kepanasan.  Mandi berkali-kali pun masih tak puas.  Kalau dapat berendam kan best..  Ramai jugak yang mengadu demam dan sakit tekak termasuklah suami dan anak saya.  Hmm...apa pun bersyukurlah kepada Allah yang maha berkuasa menjadikan hujan dan panas.  Alhamdulillah petang semalam hujun turun dengan lebat sekali.

Bagi melegakan dan menyejukkan tekak tengahari ini, apakata cuba buat agar-agar ni.  Resepi yang disalin semula ini diambil dari daridapurkecah.  Bab nak melapis tu terpulang citarasa masing-masing. Yang saya buat ni saya buat 2 lapis dan bahagian coklat/milo tu saya lebihkan sebab suka coklat banyak. Dan krim yang ada pada biskut oreo pun saya keluarkan.






yang diatas ni cara lapisan seperti diresepi cuma krim biskut tu saya keluarkan..



AGAR-AGAR MILO LAPIS OREO

Bahan-bahan:
1 bungkus agar-agar serbuk (10gm)
750 ml air
160gm gula
1 tin susu cair (400ml)
3/4 cawan milo
1 bungkus biskut oreo (patahkan lapisan sandwich)


Cara membuatnya:
  • Masak serbuk agar-agar dan air hingga larut.
  • Masukkan gula dan masak lagi hingga gula larut.
  • Masukkan susu cair dan kacau sebati sehingga mendidih.
  • Asingkan 2 cawan kedalam periuk lain dan dicampurkan dengan milo.  Kacau sebati.
  • Tuang 1 cawan campuran milo kedalam acuan.  Sementara bakinya dibiarkan diatas api kecil.
  • Apabila lapisan milo tadi mula mengeras, tuangkan pula adunan putih.  Taburkan biskut oreo diatasnya.
  • Biarkan sebentar dan apabila ia mengeras, tuangkan baki milo tadi diatas.  Sejukkan dahulu sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk.

*Tips*
  • jangan tunggu hingga lapisan membeku sepenuhnya kerana takut nanti lapisan tak akan melekat.
  • jika lapisan mengeras, guriskan permukaan dengan garfu sebelum menuang lapisan seterusnya.
  • pastikan adunan masih panas ketika menuang keatas lapisan supaya ia melekat dengan elok.




SELAMAT MENCUBA..!!




Tuesday, 4 February 2014

LEMPENG KELAPA

Assalamualaikum wbt.

Entri hari ini ialah makanan warisan yang paling mudah dan penyelamat sekiranya buntu tak tahu nak makan apa untuk breakfast (dalam ertikata lain...MALAS).  Tapi, malas malas pun mau kena ada pencicahnya.  Tak kira lah cicah apa... kari semalam ke... sambal ikan bilis ke... asam pedas lebihan semalam ke... asalkan boleh dicicah dengan lempeng ni, pasti bereh..

Lempeng kelapa atau lempeng nyoq atau peknga kata orang belah utara dan kalau orang Perak dia panggil tepek nyor.  Masa kecik-kecik dulu arwah mak buat tepek nyor ni harum aje aroma kelapa parut bila dimasak.   Kenapa saya punya tak de bau....?

Nak buat lempeng ni tak payah resepi la iye.....main bancuh aje tepung gandum campur kelapa parut (seeloknya kelapa muda), garam sikit lepas tu boh air agak-agak je.  Panaskan kuali leper, boh minyak sikit (sikit aje) peh tu letakkan 2 senduk bancuhan tepung tadi dan leperkan dikuali...haa macam tu lah lebih kurang...




sedapnyerr..makan panas-panas cicah kuah sardin  ^__^