Monday, 20 January 2014

KEK KARAMEL

Assalamualaikum wbt.

Hari ini saya nak kongsi satu resipi kek yang saaangat sedap.  Kek ni selalu menggamit-gamit hatiku untuk cuba buat.  Banyak kali dah  rakan-rakan masakan dok tayang kek ni.   Puan Azlita Aziz ada bagi resipi serta step-by-stepnya sekali.  Adooii... bila baca cara-cara membuatnya....saya tengok  macam rumit ajer... macam leceh ajer.... tapi hati ini menjerit-jerit suruh buat jugak!   Makanyer....beginilah hasil dan kejadiannyer.....






Apa pun, banyak-banyak terima kasih saya ucapkan kepada Puan Azlita Aziz dari blog Masam Manisnya...dan juga Puan Munirah Baharum, pemilik resepi ini.

Untuk resipi kek ini silalah klik di SINI.





kek karamel hasil cubaan pertama, kedua dan terkini....



CUBA JANGAN TAK CUBA..!!



Friday, 17 January 2014

PIZZA

Assalamualaikum wbt.

Tengok rakan-rakan lain buat pizza...fuhh...macam beli kat kedai .. Jealous tau...  Tapi tak pe kann... Resepi yang saya nak share ni biasa-biasa aje...ala-ala sempoi gitu...kita yang buat dia... Janji ada rupa dan rasa macam pizza sudah lah!  Doh pizza ni saya uli dengan tangan.  Lenguh la  jugak.  Jom terai buat pizza!





PIZZA

bahan-bahan doh pizza:
500g tepung gandum
1 peket (11g) yis mauripan
200ml air suam
secubit garam
1 biji telur
50g mentega
1 sudu besar shortening
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar gula pasir  

bahan-bahan topping:
sos pizza atau sos spagetti
sosej (celur dan hiris )
bawang besar (potong bulat)
capcicum merah/hijau (potong)
parutan cheese mozarella/cheddar



Cara- cara membuat doh:
  1. Campurkan air suam, gula dan yis kedalam satu bekas.  Kacau sedikit dan biarkan sebentar sehingga ia berbuih.
  2. Didalam bekas yang lain gaulkan dengan tangan campuran tepung gandum, susu pekat, shortening, mentega, telur dan garam.
  3. Setelah yis berbuih, campurkan kedalam bekas campuran tepung tadi.  Gaul perlahan-lahan sehingga boleh diuli dan tidak melekat ditangan.
  4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian dan rehatkan doh selama 10 - 15 minit.
  5. Panaskan oven pada suhu 170C.  Sapukan dulang pizza dengan mentega.
  6. Keluarkan doh tadi dan canaikan bulat leper.  Letakkan doh yang sudah dicanai kedalam dulang pizza sambil ditekan-tekan dengan jari hingga memenuhi ruang dulang.
  7. Sapu seluruh doh dengan sos pizza kemudian letak bahan topping diatasnya.  Akhir sekali taburkan parutan keju diatasnya.
  8. Bakar pizza 15 - 20 minit sehingga keju cair dan doh keperangan.






SELAMAT MENCUBA!



Wednesday, 15 January 2014

INFO KESIHATAN

Assalamualaikum wbt.

Baru lepas makan ke..?  Makan apa tadi?  Alhamdulillah dah kenyang yer?  Kalau sudah makan biasanya apa kalian buat?   Masa saya masih bekerja diofis dulu, kalau lepas makan mesti duduk lepak kat sofa ruang tamu sambil makan buah jambu.

Ooo...rupa-rupanya ada beberapa perkara yang kita tidak boleh amalkan selepas makan...

 Dibawah ni di paparkan info kesihatan yang diperolehi dari sebuah majalah  untuk dikongsikan bersama.






7 perkara yang tidak boleh selepas makan:

1.     Merokok

 Menghisap rokok selepas makan akan mengganggu kesihatan paru-paru dan
 mengundang risiko serangan kanser.




2.     Minum Teh

Kandungan asid didalam daun teh boleh mengakibatkan kandungan protein didalam makanan yang kita makan tadi mengeras dan sukar dicerna.  Seeloknya minumlah air putih sahaja selepas makan.



3.     Makan Buah

Sebaiknya buah dimakan sebagai apetiser  sebelum menjamah makanan berat.   Menikmati buah selepas makan akan menyebabkan perut menjadi kembung kerana terlalu  banyak air. Boleh makan buah tetapi makanlah 2 jam selepas makan.




4.     Mandi

Mandi selepas makan akan menyebabkan aliran darah meningkat pada tangan, kaki dan tubuh sehinggakan jumlah darah dikawasan perut dan sekitarny akan menurun.   Ini bukan sahaja menyebabkan perut jadi buncit, malah boleh 
melemahkan sistem pencernaan kita.



5.     Banyak berjalan

Jangan ingat kalau banyak berjalan selepas makan boleh membakar lemak dibadan dan cepat kurus.  Tidak...ia menyebabkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrien daripada makanan yang kita ambil.  Seeloknya duduk secara menegak BUKAN menyandar atau berbaring.




6.     Tidur

Pantang datuk nenek kalau selepas makan terus tidur.  Keadaan ini akan menyebabkan saluran usus kita terganggu dek kerana makanan yang kita ambil tidak boleh diterima oleh sistem pencernaan dengan baik.





7.     Bersenam

Memanglah bersenam itu baik untuk kesihatan.  Tetapi jangan terus melakukan senanam sebaik habis makan.  Aktiviti ini akan mengakibatkan sistem pencernaan 
tidak boleh berfungsi dengan baik.





SELAMAT BERAMAL



p/s:  semua foto dari google.







Tuesday, 14 January 2014

SALAM MAULIDUR RASUL 1435H

Assalamualaikum wbt.

Hari ini 12 Rabi'ul Awal 1435H...marilah kita mempertingkatkan rasa cinta kita buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dengan memperbanyakkan berselawat dan salam keatasnya serta mengamalkan sunnah-sunnahnya, Insya Allah.









Moh kita beramal.....




Wednesday, 8 January 2014

BUBUR CACA

Assalamualaikum wbt.

Selamat petang dan salam sejahtera!    Jom menikmati hidangan bubur diwaktu petang redup ni.  Semangkuk bubur yang masih panas berasap menaikkan aroma wangian daun pandan sungguh menyegarkan.





Resepi BUBUR CACA ANEKA


Bahan-bahan:

1 biji keladi        
1 biji keledek      }  dibuang kulit, cuci dan potong dadu
1 peket bubur caca   }  rendam sekejap dan toskan
1 buku gula melaka
4 cawan santan seerhana pekat
1/2 cawan gula pasir
garam secukup rasa
2 helai daun pandan  } basuh dan simpul

Cara-cara:

  1. Didihkan santan bersama gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan sambil dikacau selalu.
  2. Masukkan butir caca dan kacau sebentar hingga lembut.
  3. Akhir sekali masukkan keladi dan keledek, biarkan mendidih sambil dikacau sebentar.



Bubur yang saya masak ni saya olahkan sedikit mengikut citarasa sendiri.  Keladi tak ada...cuma keledek warna oren aje dan saya tambah sedikit biji sagu dan kurangkan gula serta santan.


SELAMAT MENCACA..!!



Monday, 6 January 2014

DONUT

Assalamualaikum wbt.

Dah minum petang ke?  Hidang apa petang-petang gini..?  Petang ni saya sempat buat donut.  Selalunya saya buat donut salut gula aje tapi memandangkan ada sikit lagi stok chocolate rice dan sekeping cooking chocolate, maka terhasil lah donut bersalut coklat...
Resepi donut ni bukan saya punya tapi saya kongsi dari Sini.  Terima kasih Puan Yatie!!







DONUT

Bahan-bahan:

  • 500g Tepung Berprotein Tinggi/ tpng roti (guna tpg gandum pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin/butter
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak sayuran)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam (bergantung pd kualiti tepung)
Cara-cara
  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap.
  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.


Macamana?  Boleh buat, kann...?  SELAMAT MENCUBA




Saturday, 4 January 2014

MAKARONI GORENG super sempoii...

Assalamualaikum wbt.

Hari Sabtu pertama 2014.  Pagi ni saya masak Makaroni Goreng untuk sarapan.  Anak-anak suka sangat makanan macam ni.  Pasta-pasta ni saya tak berapa gemor, nak nak yang ada tambah cheese.... susah sikit nak masuk dalam tekak ni.   Tapi taklah tak makan langsung.




Makaroni goreng saya hari ini sangat-sangat sempoi sebab tak bubuh mix herbs, tak ada cili benggala.  Kosong aje...tapi ayam kisar dan bebola ayam tu ada laa....  Resepi pun main campak-campak aje.. tak payah sukat-sukat.  Asal ada bahan penumis, sos spagetti dengan rencah-rencah ayam tadi cukup!  Dan rasanya....memang ummphh...  Anak-anak makan bertambah-tambah.  Amboiii...  Bila tengok anak-anak makan dengan berselera... sebagai ibu tentulah saya rasa...puas walaupun tak lengkap bahan rencahnya... Airtangan ibu la katakan.... ye tak..? Alhamdulillah syukran yaa Allah.




Thursday, 2 January 2014

HAPPY BIRTHDAY lagi....


Assalamualaikum wbt.

Selamat datang tahun 2014..!!  Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari ke 2.  Semalam 1 Januari genap 15 tahun usia puteri bongsu ku, Fara.  Selamat hari lahir sayang...semoga Allah sentiasa memberkati hidupmu dan bahagia dunia dan akhirat.




Adoiii kesiaann...mama tak sempat nak buat kek.  Nanti, insya Allah mama buat.  Kalo tak, mama beli je lah!  Walaupun takde kek, Fara dapat hadiah special yang sangat-sangat  dia suka... Tapi, yang paling-paling dia mahu .... iPhone!  Not now lah sayang...kita bukan orang kaya... Belajar dulu!