Assalamualaikum wbt.
KEK PISANG
Bahan-bahan:
4 biji pisang berangan/pisang emas
4 biji telur
180g gula castor
200g butter
240g tepung kek (jika guna tepung gandum, sila tambah 1 s/k baking powder)
1 s/k soda bicarbonate
1 s/k esen pisang
1 biji limau kasturi (perah sedikit, campur bersama pisang supaya pisang tidak lebam)
coklat chips (jika suka)
Cara membuatnya:
1. Pukul butter bersama gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
3. Ayak tepung 2, 3 kali dan masukkan separuh kedalam adunan. Gaul rata.
4. Lenyek pisang (jangan terlalu lama) dan campur sedikit perahan limau kasturi.
5. Masukkan baking soda. (Ia akan berbuih, lalu terus masukkan kedalam adunan kek tadi bersama baki separuh lagi tepung tadi.
5. Masukkan esen pisang. Gaul.
6. Isikan kedalam acuan dan bakar dengan suhu 180 selama 40 - 50 minit.
Sesuai dihidangkan waktu minum petang...

No comments:
Post a Comment