Setiap tahun tatkala dimedia massa mengenang kembali pemergian penyanyi Sudirman Hj Arshad pada 22 Februari, ketika itu juga aku akan terkenangkan arwah abah dan mak. Bukan sebab mereka peminat Alllahyarham Sudir tetapi sebab abah juga telah pergi bertemu Illahi selang 6 hari saja selepas pemergian Allahyarham Sudir. Mak pulak mengikut arwah abah tak sampai pun 4 bulan kemudiannya.
Ohh...pemergian abah dan mak satu kehilangan besar bagi aku....hidupku terasa kosong...dan kekosongan ini bagaikan malam gelap yang berpanjangan.
Yaa Allah, aku yakin bahawa takdirMu lebih baik dari semua yang aku inginkan. Berikanlah aku kekuatan untuk memahami ini semua sebagai anugerah dariMu.
Dan, SELAGI FAJAR MENYINAR... aku akan terus mendoakanmu wahai abah dan mak..
Amiin...

No comments:
Post a Comment