Dah lama hujan tak turun kan...? Ramai yang mengeluh kepanasan. Mandi berkali-kali pun masih tak puas. Kalau dapat berendam kan best.. Ramai jugak yang mengadu demam dan sakit tekak termasuklah suami dan anak saya. Hmm...apa pun bersyukurlah kepada Allah yang maha berkuasa menjadikan hujan dan panas. Alhamdulillah petang semalam hujun turun dengan lebat sekali.
Bagi melegakan dan menyejukkan tekak tengahari ini, apakata cuba buat agar-agar ni. Resepi yang disalin semula ini diambil dari daridapurkecah. Bab nak melapis tu terpulang citarasa masing-masing. Yang saya buat ni saya buat 2 lapis dan bahagian coklat/milo tu saya lebihkan sebab suka coklat banyak. Dan krim yang ada pada biskut oreo pun saya keluarkan.
yang diatas ni cara lapisan seperti diresepi cuma krim biskut tu saya keluarkan..
AGAR-AGAR MILO LAPIS OREO
Bahan-bahan:
1 bungkus agar-agar serbuk (10gm)
750 ml air
160gm gula
1 tin susu cair (400ml)
3/4 cawan milo
1 bungkus biskut oreo (patahkan lapisan sandwich)
Cara membuatnya:
- Masak serbuk agar-agar dan air hingga larut.
- Masukkan gula dan masak lagi hingga gula larut.
- Masukkan susu cair dan kacau sebati sehingga mendidih.
- Asingkan 2 cawan kedalam periuk lain dan dicampurkan dengan milo. Kacau sebati.
- Tuang 1 cawan campuran milo kedalam acuan. Sementara bakinya dibiarkan diatas api kecil.
- Apabila lapisan milo tadi mula mengeras, tuangkan pula adunan putih. Taburkan biskut oreo diatasnya.
- Biarkan sebentar dan apabila ia mengeras, tuangkan baki milo tadi diatas. Sejukkan dahulu sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk.
*Tips*
- jangan tunggu hingga lapisan membeku sepenuhnya kerana takut nanti lapisan tak akan melekat.
- jika lapisan mengeras, guriskan permukaan dengan garfu sebelum menuang lapisan seterusnya.
- pastikan adunan masih panas ketika menuang keatas lapisan supaya ia melekat dengan elok.
SELAMAT MENCUBA..!!


No comments:
Post a Comment